Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas

Strategi Perniagaan Saiyyidina Abdul Rahman Bin Auf

Strategi Perniagaan Saiyyidina Abdul Rahman Bin Auf

Sayyidina Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang sahabat Nabi SAW yang mashyur dengan kekayaan. Beliau mempunyai strategi perniagaan yang terbaik yang menyebabkan perniagaannya sangat maju dan berjaya.

Pernah beliau mempunyai beribu jenis binatang ternakan, 100 ekor kuda perang, 100 ekor unta, 10,000 ekor kambing, dan hartanya tidak terkira. Beliau pernah menginfakkan 700 ekor unta beserta muatan penuh di jalan Allah SWT apabila mendengar hadith Baginda SAW tentang harta.

Dari sudut perniagaan, apakah strategi perniagaan yang digunakan oleh Saiyyidina Abdul Rahman bin Auf yang menyebabkan perniagaannya berjaya? Ada 3 jawapan beliau apabila ditanya tentang strategi perniagaan.

1. ” Aku tidak pernah menolak untung walaupun sedikit”.

Sayyidina Abdul Rahman Bin Auf seorang yang bijak dalam perniagaan. Beliau akan menerima untung walaupun jumlahnya kecil. Kita boleh mengambil pengajaran bahawa jangan asyik memikirkan untung yang banyak untuk sesuatu urusan. Biarkan sedikit tetapi bijak dalam menguruskannya.

2. ” Aku tidak pernah melambatkan jualan barangan daripada yang meminta”.

Sayyidina Abdul Rahman bin Auf sangat mengutamakan pelanggan. Apa sahaja kehendak pelanggan, beliau akan berusaha mendapatkannya. Beliau akan segera mendapatkan barangan yang diminta.

Kita juga harus mencontohi tindakan beliau jika mahu berjaya dalam perniagaan. Pelanggan yang meminta dari kita bermakna pelanggan itu benar-benar memerlukan barangan tersebut. Maka kita harus berusaha sedaya upaya untuk memberikannya kepada pelanggan.

3. “Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran”.

Perniagaan yang dilakukan oleh Sayyidina Abdul Rahman bin Auf adalah secara tunai. Strategi ini mungkin jarang dilakukan oleh sesetengah peniaga. Oleh itu kita perlu memikirkan strategi menjual barangan secara tunai ini untuk kejayaan perniagaan kita.

Begitulah 3 strategi perniagaan Sayyidina Abdul Rahman Bin Auf. Jika anda sebagai usahawan ingin berjaya dalam perniagaan, anda patut meneliti adakah 3 strategi ini dipraktikkan dalam perniagaan anda.

strategi perniagaan

Ketokohan dan kejayaan Sayyidina Abdul Rahman Bin Auf dalam perniagaan patut dicontohi. Beliau bukan sahaja berjaya dalam perniagaan, beliau juga berjaya menjadikan perniagaan beliau asbab untuk berjaya dalam agama. Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.

Walaupun memiliki harta yang banyak, namun beliau masih mengutamakan agama. Beliau banyak berkorban demi agama sehingga beliau telah dijamin syurga di dunia lagi asbab pengorbanan beliau kepada agama. Beliau adalah antara 10 Sahabat nabi yang telah diberikan berita gembira sebagai ahli syurga.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *


    Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
    billplz banks