Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas
Akaun saya
RM 0.00 0

Cart

No products in the cart.

Pembahagian Daging Korban

daging korban

Pembahagian Daging Korban

Baru-baru saya terdengar ceramah mengenai korban. Ada seorang Ustaz yang mengajar di Masjid Kg Gombak, Kuang berkongsi tentang pembahagian daging korban secara detail.

Saya dapat ingat sedikit tentang pembahagian korban. Saya kongsikan kepada anda.

Pembahagian daging korban

Setiap unta, lembu, biri-biri, atau kambing akan dibahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian ini tidak menerima kuantiti yang sama.

Jadi kena berhati-hati dalam menentukan pembahagian daging ini supaya kita tak terambil hak orang lain. Terutama mereka yang tidak mempunyai ilmu sebaliknya hanya mendengar sahaja dari pengurusan korban iaitu AJK masjid atau sebagainya.

Pecahan Setiap Bahagian

Baik, untuk setiap bahagian pecahannya adalah seperti berikut:

Peserta korban

  • Peserta korban ialah setiap orang yang mengambil bahagian iaitu 7 orang bagi setiap lembu.
  • Hak bagi setiap peserta ialah daging sahaja 1/3 bahagian
  • SEMUA bahagian selain daging iaitu hati, limpa, kepala, dan lain2 (dipersetujui antara 7 orang peserta)
  • Jadi selain 7 orang ini, sesiapa pun tak boleh ambil organ2 lain ini kecuali diredhai oleh 7 orang peserta tersebut.
  • Organ-organ semuanya adalah milik 7 orang peserta korban.

Fakir miskin

  • Bahagian kedua ialah fakir miskin.
  • Hak bagi fakir miskin ialah bahagian daging sahaja 1/3 bahagian
  • Sebagai contoh jika seorang sahaja fakir miskin, semua 1/3 hak beliau.
  • Jika ada 10 ekor sekalipun, 1/3 bahagian dari 10 ekor adalah milik beliau.
  • Beliau jika berhak menjual daging tersebut jika beliau ingin menjualnya.

Orang awam

  • Bahagian ketiga ialah orang awam.
  • Termasuk tukang lapah, tukang potong, tukang buat kerja dan sebagainya.
  • Bahagian mereka hanyalah daging sahaja 1/3 bahagian.
  • Selain dari itu mereka TAK BOLEH ambil. Itu bukan hak mereka.
  • Organ lain itu hanya dibenarkan ambil jika telah diredhai oleh 7 orang peserta korban tadi.

Baik itu adalah serba sedikit tentang pembahagian daging korban. Sekarang kita masuk kepada cara perlaksanaan.

Di sini saya kongsikan sedikit situasi jika kita mengadakan program korban di kampung kita.

Pembahagian Daging Korban
Pembahagian Daging Korban

Cara perlaksanaan

1. Asingkan Kumpulan

Contoh jika ada 10 ekor lembu untuk korban, asingkan setiap lembu satu kumpulan. Setiap kumpulan ini tidak boleh bercampur. Semuanya perlu diuruskan oleh kumpulan ini sahaja.

Ini bagi memastikan lembu 1 tidak bercampur dengan lembu 2. Lembu 2 bercampur dengan lembu 3 dan seterusnya.

Sebaik-baiknya, lantik setiap kumpulan untuk dari mula sehingga selesai untuk lembu mereka sahaja.

2. Agihkan kepada peserta korban

Setelah siap melapah, agihkan 1/3 bahagian daging dan organ2 lain kepada peserta korban mengikut lembu masing-masing.

Bila dah buat kumpulan macam tadi. Jadi senanglah nak agih daging. Setiap peserta kenal lembu masing-masing.

Jadi pengagihan untuk setiap peserta akan jadi tepat.

Contoh jika lembu 1 berat daging bagi 1/3 bahagian ialah 70 kilo. Jadi setiap orang akan dapat 10 kilo.

Lembu 2 jika berat daging bagi 1/3 bahagian ialah 140 kilo. Jadi setiap peserta akan dapat 20 kilo. Begitulah seterusnya.

3. Campurkan semua daging

Setelah siap agihan kepada 7 peserta mengikut lembu, barulah dibolehkan campur semua baki daging dari 10 ekor lembu.

Masa ni dah tak perlu risau tercampur lagi sebab memang baki ini untuk dibahagikan kepada baki 2/3 bahagian iaitu bahagian fakir miskin dan orang awam.

4. Agihkan kepada fakir miskin

Kemudian barulah diagihkan kepada 1/3 fakir miskin. Jika seorang sahaja pun fakir miskin yang ada. Seorang itulah yang akan dapat semua bahagian.

Contoh jika 1/3 bahagian daging lembu seberat 100 kilo. Jadi 100 kilo ini adalah milik fakir miskin.

Tapi pengurusan boleh berbincang dengan fakir miskin. Sama ada fakir miskin nak ambil semua atau nak ambil sedikit sahaja.

Jika fakir miskin redha, maka boleh diambil bahagian fakir miskin tersebut.

5. Agihan kepada orang awam

Dan yang terakhir ialah bahagian orang awam.

Ini termasuklah orang yang buat kerja, penduduk kampung, dan ajk2 masjid.

Berapa yang tinggal itulah dibahagikan sama rata antara semua.

Penutup

Begitulah serba sedikit tentang pembahagian daging korban. Untuk mengetahui lebih lanjut saya sarankan anda rujuk dengan Ustaz-Ustaz berhampiran tempat anda.

Ambil masa untuk belajar kerana takut-takut kita terambil hak orang lain. Bila dah namanya hak orang lain, ianya tidak halal untuk kita mengambilnya.

Sampai di sini dulu perkongsian saya. Jumpa lagi in shaa Allah!

Baca lagi: Khasiat Buah Kurma

Comments

  1. Health Care Today ID says:

    Jika ingin menurunkan berat badan dengan diet ekstrim, pastikan selalu mendapatkan asupan nutrisi yang cukup dan melakukan olahraga teratur untuk membantu mempercepat penurunan berat badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
billplz banks