Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web JayaSunnah.Com serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat am ini atau syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Jaya Sunnah jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Jaya Sunnah sebagai penyedia perkhidmatan laman web ini bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Jaya Sunnah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau ‘exemplary’, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

Pautan

Jaya Sunnah boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Jaya Sunnah tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Jaya Sunnah tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Jaya Sunnah tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Jaya Sunnah boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Jaya Sunnah boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Jaya Sunnah tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan

Jaya Sunnah mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa sama ada dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Jaya Sunnah mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan terma-terma dan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Jaya Sunnah mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Jaya Sunnah tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi, Dasar Keselamatan termasuk Keselamatan “Online” dan lain-lain syarat-syarat sama ada secara khusus atau standard. Sekiranya ada antara Dasar Privasi, Dasar Keselamatan termasuk Keselamatan “Online” dan lain-lain syarat-syarat sama ada secara khusus atau standard yang tidak konsisten atau percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat ini, anda bersetuju bahawa Jaya Sunnah berkuasa menerimapakai terma-terma dan syarat-syarat sama ada secara khusus atau standard mengikut kehendak Jaya Sunnah.

Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma atau syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
billplz banks