Sebelum kita bercerita tentang Sunnah Minyak wangi, saya ingin bertanya kepada anda. Apa tujuan anda pakai minyak wangi? Adakah kerana ingin menghilangkan bau badan? Atau untuk menambah keyakinan diri? Atau mungkin kerana mahu kelihatan lebih bersemangat?
Ya, semua jawapan itu memang betul. Namun di samping anda niatkan untuk perkara tersebut, apa kata anda niatkan juga kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Sebabnya jika anda niatkan semua perkara itu mencontohi sunnah Rasulullah SAW, sudah pasti anda akan mendapat ganjaran pahala. Tujuan anda tercapai, pahala juga anda akan perolehi. Bukankah lebih baik begitu?
Jadi hari ini saya ingin berkongsi mengenai Sunnah Nabi SAW berkenaan minyak wangi. Begitu banyak hadith yang menerangkan tentang sunnah minyak wangi telah diriwayatkan oleh para Sahabat R.A.
Daripada Nafi,
Maksudnya: “Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: Beginilah Rasulullah SAW berwangi.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah,
Maksudnya: “Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir”.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus”. (HR Ad-Dailami)
Anas bin Malik r.a,
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian”.
Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. Memakai wangian 3. Bersiwak 4. Bernikah”. (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. Wangian 3. Rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya.” (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina.” (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai hukum wangian untuk wanita. Layari laman MuftiWP di sini.
Anas r.a menceritakan :
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian ambar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)
Ibnu Umar r.a menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda :
Maksudnya: “Ada tiga (pemberian ) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu .” (Riwayat Tirmizi,Abu Syakh dan Baghdam.)
Anas Ibnu Malik r.a meriwayatkan:
“Rasulullah memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Baginda mewangikan diri.” (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud dan Ibnu Said )
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkata:
“Wangian bagi laki-laki adalah wangian yang kuat aromanya dan warnanya tidak banyak. Sedangkan minyak wangi bagi wanita adalah wangian warnanya tampak dan aromanya tidak kuat.” (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasa’ dan Ahmad )
Tsummah Ibnu Abdillah meriwayatkan,
Anaz Ibnu Malik tidak menolak pemberiannya minyak wangi berkata: “Sesungguhnya,Rasulullah tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.”
( Riwayat Tirmizi,Bukhari ,Nasa’i dan Ahmad )
Abu Uthman al-Nahdi meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata:
“Apabila salah seorang daripada kalian diberi minyak wangi,janganlah menolaknya kerana segala sesuatu yang wangi itu berasal dari dari syurga.” (Riwayat Tirmizi)
Begitulah 15 hadith yang dapat saya kongsikan berkenaan wangian. Adakah wangian yang anda gunakan sekarang menepati ciri-ciri Sunnah? Jika ya, anda sungguh beruntung!
Kerana anda adalah antara yang terpilih. Sungguh beruntung bagi mereka yang mengamalkan Sunnah di akhir zaman ini yang penuh dengan fitnah dunia. Semoga anda terus beristiqamah dengannya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Wallahua’lam.
Baca juga: Khasiat Pokok Gaharu