Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas
Akaun saya
RM 0.00 0

Cart

No products in the cart.

Solat Kunci Bahagia

Solat Kunci Bahagia

Solat Kunci Bahagia

Solat Kunci Bahagia. Orang yang benar-benar menjaga solat, pasti akan merasakan kebahagiaan yang sebenar. Kerana dalam solat adalah penyelesaian masalah dunia dan akhirat.

Untuk mendapat Bahagia dengan solat, solat mesti ditunaikan dengan penuh khusyuk.Antara rukun-rukun solat. Ada beberapa adab yang perlu kita lakukan untuk menambahkan kekhusyukan kita dalam bersolat.

Ada-adab ini sangat penting dalam solat dan perlu dititik-beratkan kerana ia berkait dengan rukun solat dan kesempurnaan solat kita.Ada 3 adab yang saya boleh kongsikan ketika dalam solat.

1. Sentiasa memandang tempat sujud.

Mengikut pendapat mazhab Syafie, tumpuan mata kita ialah di tempat sujud untuk setiap rukun kecuali ketika sujud dan duduk tahiyat.Ketika sujud mata tertumpu di hidung. Dan ketika tahiyat mata tertumpu pada jari.

2. Merenggangkan jari ketika rukuk.

Merenggangkan jari ketika rukuk juga adalah adab kecil semasa bersolat. Ia dapat membantu menambahkan kekhusyukan kita bersolat. Ada sesetengah ulama berpendapat, untuk menambah sifat tawadhuk, mata tertumpu kepada kaki ketika solat. Kita akan merasa lebih tawadhuk ketika bersolat.

3. Merapatkan jari ketika sujud.

Ketika sujud, jari hendaklah rapat. Ini juga adab yang membantu khusyuk ketika solat.’ Tumpuan hati kita ialah kita benar-benar bersujud dengan sifat seorang hamba Allah.

Adab-adab kecil ini jika kita dapat ikut akan menyebabkan rukun solat kita sempurna. Khusyuk juga akan bertambah jika kita membaiki rukun dalam solat.

Terdapat banyak lagi adab-adab lain yang telah diajarkan oleh Baginda SAW yang boleh didapati ketika dalam solat jika kita meneliti dengan lebih mendalam. Wallahua’lam.

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *


    Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
    billplz banks