Lebah adalah makhluk Allah yang sungguh istimewa. Dalam penciptaan lebah Allah telah memberikan banyak manfaat kepada manusia. Antara sumbangan lebah pada manusia ialah dalam penghasilan madu. Begitu banyak khasiat madu lebah yang dapat diambil oleh manusia.
Betapa hebatnya Allah SWT yang menciptakan madu melalui perantaraan pekerjaan lebah. Lebah terbang mengikut aturan Allah kepada bunga-bunga, pokok-pokok, untuk mengambil madu tersendiri. Kembali kepada sarang untuk penghasilan madu.
Hari ini saya ingin kongsikan khasiat madu lebah kepada manusia.
11 Khasiat Madu Lebah
1. Memberi tenaga berpanjangan
Madu lebah sangat kaya dengan nutrisi dan mineral termasuk 78% gula yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa, vitamin, enzim, protein, asid amino, dan lain-lain seperti kalsium dan fosforus. Nutrisi ini akan memberi tenaga yang berpanjangan kepada pengamal madu.
Mereka yang sering akan mengambil madu pasti akan merasai sendiri tenaga yang berbeza berbanding hari tanpa pengambilan madu. Pekerjaan akan menjadi lebih aktif dengan tenaga yang terhasil dari mengamalkan madu.
2. Membantu penghadaman
Madu dapat membantu sistem penghadaman kerana di dalam madu terdapat bakteria baik dengan kadar yang tinggi. Probiotik dan prebiotik merupakan bahan yang terdapat di dalam madu yang membantu sistem penghadaman anda.
Jadi, untuk membantu sistem pencernaan disarankan untuk mengambil sedikit madu selepas mengambil makanan berat. Ambil juga pada waktu sebelum tidur dan selepas bangun tidur untuk penghadaman sempurna.
3. Khasiat madu lebah untuk melegakan sakit perut
Madu boleh digunakan jika anda mengalami sakit perut. Perkara ini telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW apabila seorang sahabat mengalami sakit perut.
Melalui asbab memakan madu, sakit perut sahabat tersebut telah hilang. Perkara ini meningkatkan keyakinan kepada kita, bahawa perintah dan Sunnah Rasulullah SAW adalah sesuatu yang benar.
Sahabat yang beriman mengikut perintah tersebut dan menyebabkan beliau telah sembuh dari sakit perut.
Madu dapat meningkatkan daya ingatan kerana di dalam madu terdapat kadar antioksida yang tinggi. Antioksida merupakan sumber nutrisi yang baik dalam memelihara sel otak.
Anak-anak yang mengambil peperiksaan sangat digalakkan untuk memakan madu. Madu boleh meningkatkan kebolehan badan menyerap kalsium. Kalsium pula dapat membantu kesihatan otak.
Oleh itu, makan madu setiap hari dapat meningkatkan daya ingatan anak-anak.
5. Membantu mendapat tidur yang lena
Madu lebah boleh membantu kita mendapat tidur yang lebih lena. Madu boleh menghasilkan kadar insulin dan mengeluarkan serotonin yang membantu anda dalam memperbaiki mutu tidur seseorang.
Badan akan menukarkan serotonin kepada melatonin yang mana ia adalah bahan kimia yang boleh menjadikan tidur seseorang lebih berkualiti.
6. Membantu mendapat kulit yang sihat
Madu sangat membantu untuk menyihatkan kulit kerana di dalam madu terdapat antibakteria yang tinggi. Terdapat banyak produk di pasaran yang mencampurkan madu untuk kesihatan kulit.
Cara yang paling mudah untuk menggunakan madu adalah dengan menyapu madu terus ke permukaan kulit. Ianya akan membantu anda untuk mendapat kulit yang cantik.
7. Merawat luka dan kesan terbakar
Madu boleh membantu merawat luka dan kesan terbakar. Madu dapat membantu membunuh bakteria seperti methicillin.
Jadi, jika sesiapa yang mengalami luka atau terbakar boleh menggunakan madu dengan menyapu madu ke permukaan tempat luka dan terbakar tersebut.
8. Khasiat Madu Lebah Untuk Menghilangkan batuk
Madu dapat membantu dalam menghilangkan batuk. Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak. Rasanya yang manis boleh melegakan tekak dari rasa ingin batuk.
Jadi anda boleh cuba mengambil madu apabila batuk. Ia pasti akan dapat membantu anda meringankan dari sakit batuk.
9. Menghilangkan kelemumur
Jangan terkejut, madu juga boleh bantu anda menghilangkan kelemumur! Satu kajian telah dibuat pada tahun 2001 dalam Jurnal Medical Research telah membukti madu boleh membantu menghilangkan kelemumur.
Caranya adalah menyapu madu yang cair di permukaan kulit kulit kepala, biarkan selama 3 jam, dan bilas dengan air bersih. Anda akan nampak kesannya seawal satu minggu.
10. Mencegah masalah jantung
Madu dapat membantu mencegah masalah jantung. Di dalam madu terdapat sejenis antioksia yang bernama flavonoids. Flavonoids ini boleh mengurangkan risiko masalah jantung.
Kebanyakan penyakit datang kerana banyak kandungan radikal bebas dalam badan. Salah satu cara melawan radikal bebas adalah dengan mengambil makanan yang mempunyai antioksida yang tinggi.
11. Mengawal kadar gula dalam darah
Madu sangat baik untuk mengawal gula dalam darah. Madu juga mempunyai gula namun ianya tidak sama seperti gula biasa. Madu mempunyai glukosa dan fruktosa yang boleh menggantikan gula biasa yang berbahaya.
Oleh itu, mereka yang mempunyai penyakit kencing manis juga boleh mengambil madu dan ianya baik untuk mengawal kadar gula dalam darah.
Bagi mereka yang cintakan Sunnah Nabi SAW, sudah pasti setiap langkahnya akan dituruti. Jadi moga kita dapat amalkan dalam kehidupan kehidupan suci murni Baginda SAW.