Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas
Akaun saya
RM 0.00 0

Cart

No products in the cart.

4 Cara nak pagar rumah

cara nak pagar rumah

4 Cara nak pagar rumah

Hari ni saya nak kongsikan cara nak pagar rumah. ‘Pagar’ ini bermaksud ialah nak memelihara rumah kita dari gangguan makhluk halus (jin). Ada orang baru pindah rumah atau rumah dah lama ditinggallkan boleh amalkan cara pagar rumah ni.

Tujuan pagar rumah ni adalah untuk mengelakkan daripada terkena sihir atau gangguan untuk tembus ke dalam rumah. Apabila kita pagar rumah, ‘dia’ tak boleh tembus ke dalam rumah kita.

Cara ni diajarkan oleh seorang ustaz di Madrasah Sri Petaling.

#1 Baca surah Al-Baqarah

Pertamanya ialah membaca surah Al-Baqarah iaitu surah kedua daripada Al-Quran. Cara bacaannya ialah baca surah Al-Baqarah dari mula sampai akhir dan keliling rumah. Boleh buat di luar rumah atau di dalam rumah.

Keliling rumah sambil habiskan bacaan surah Al-Baqarah. Nampak susah kan? Senang je. Minta bantuan orang lain. Sebab tu ada yang minta tolong pelajar-pelajar tahfiz untuk baca. Jemput 5-10 orang pelajar tahfiz datang ke rumah kita, mereka akan bahagikan sama banyak ayat surah Al-Baqarah untuk dibaca.

Dalam beberapa minit sahaja boleh selesai bacaan satu surah Al-Baqarah ini. Selepas itu, boleh lah berikan sedikit imbuhan kepada pelajar-pelajar ini tadi sebagai tanda penghargaan memberi khidmat kepada kita.

#2 Merenjis air

Semasa membaca surah Al-Baqarah tadi, pastikan tadah air kedalam satu bekas. Tak kiralah baldi atau botol. Apa sahaja yang boleh digunakan untuk menadah air.

Kemudian lepas selesai bacaan Al-Baqarah, renjis air di kawasan rumah. Air renjisan tersebut sangat POWERFUL untuk benteng rumah. Air inilah sebagai asbab untuk pelihara rumah kita dari gangguan makhluk halus tersebut. Cara nak pagar rumah ini in shaa Allah berkesan untuk anda.

#3 Azan

Selain itu azan juga merupakan senjata yang power untuk menghalau jin & syaitan. Jadi kita perlu azan di dalam rumah kita.

cara nak pagar rumah

Caranya ialah kita perlu azan di 4 penjuru rumah secara serentak. Pastikan secara serentak. Jadi anda perlu sekurang-kurangnya 4 orang untuk azan. Lagi ramai lagi bagus. Jemputlah sesiapa yang boleh membantu anda untuk berazan. Jika nak ambil pelajar tahfiz juga pun boleh kerana sebutan bacaan mereka lebih tepat berbanding orang awam.

Baik caranya ialah sediakan 4 orang di setiap penjuru. Apabila semua sudah bersedia. Boleh mula berazan bersama-sama. Amalan ni jika dibuat, makhluk-makhluk halus akan lari bertempiaran. Makhluk halus sangat gentar apabila terdengar suara azan.

#4 Hidupkan taklim

Seterusnya cara nak pagar rumah ialah dengan menghidupkan taklum. Apa itu taklim? Taklim ialah satu amalan membaca firman Allah SWT dan hadith Nabi SAW. Amalan taklim adalah benteng yang kuat untuk pagar rumah kita.

Rumah-rumah yang dibacakan firman Allah SWT dan hadith Nabi SAW akan dipelihara dari gangguan dan malapetaka. Macam mana nak hidupkan taklim? Saya cadang beli buku Fadhilat Amal karangan Maulana Zakaria Al-Kandhalawi, Muntakhab Hadith karangan Maulana Yusof Kandhalawi, atau Fadhilat Sedekah dan baca setiap hari.

Pilih satu waktu untuk kita istiqamah baca setiap hari. Tak perlu lama-lama untuk permulaan. Cukup setakat 5-10 minit, yang penting perlu istiqamah dibaca setiap hari. Bila dah ada kekuatan, barulah kita tambah lagi masa bacaan sehingga 1-2 jam setiap hari.

Tambahan:

Selain tu sebagai tambahan, banyakkan amalan-amalan sunat dalam rumah. Contohnya solat sunat, baca Al Quran dan zikir. Amalan-amalan ini juga boleh jadi benteng rumah. Bila rumah kita hidup dengan amalan-amalan agama ini, makhluk halus yang jahat ini akan menjauhi rumah kita.

Sebagai ingatan juga, jangan buat maksiat dalam rumah. Kalau rumah penuh maksiat, memang jin, syaitan, iblis suka sangat tempat macam tu. Jadi sedaya upaya kita mengawal diri dan ahli keluarga kita daripada melakukan maksiat.

Maksiat ini adalah semua amalan yang melanggar perintah Allah SWT. Sebagai contoh, kita tengok televisyen dengan siaran yang penuh dengan wanita tidak menutup aurat, itu adalah maksiat. Jadi cubalah elakkan dengan sedaya upaya kita.

Kesimpulan – Cara Nak Pagar Rumah

Baik sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai cara nak pagar rumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya juga dan kita semua.Aminnn

Baca juga: Khasiat Kayu Sugi

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *


    Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
    billplz banks