9 Khasiat Pokok Gaharu
Jika bercakap mengenai gaharu, apakah yang timbul di dalam fikiran anda? Pasti anda membayangkan perfume yang diperbuat dari gaharu. Sebenarnya banyak khasiat pokok gaharu yang dapat kita peroleh selain dari membuat minyak wangi.
Pokok gaharu ialah pokok yang banyak tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia, dan India. Khasiat pokok gaharu dapat kita peroleh samada dari kulit pokok gaharu, atau teras gaharu, atau dari bahagian dari pokok gaharu.
Jenis gaharu India adalah antara gaharu yang terbaik.
Pokok gaharu mempunyai banyak khasiat samada dari segi jasmani atau rohani. Antara khasiat pokok gaharu ialah:
1. Menguatkan kekuatan akal
Bau dari pokok gaharu yang wangi boleh membantu menguatkan akal. Caranya ialah dengan membakar kayu gaharu. Bagi pelajar yang selalu menghafal, mereka digalakkan mencium bau gaharu untuk menambahkan kecekapan minda. Biasanya di pasaran terdapat bekas pembakar khas untuk gaharu yang disediakan bersama arang untuk pembakaran gaharu.
2. Menyembuhkan penyakit
Dari dahan pokok gaharu, banyak penyakit boleh diubati seperti sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kanser usus, dan sebagainya. Caranya ialah dengan menggunakan bahan dari dahan pokok gaharu. Cara ini sebagai asbab, hakikatnya Allah ialah penyembuh penyakit.
3. Menghindarkan gangguan makhlus
Kayu gaharu juga boleh menghindarkan gangguan makhluk halus. Makhluk halus tidak suka kepada bau gaharu. Maka penggunaan kayu gaharu dalam pengubatan makhluk halus sangat membantu untuk proses penyembuhan penyakit.
4. Manfaat untuk sakit perut
Kayu gaharu juga dapat menyembuhkan sakit perut. Dengan menggunakan asbab daun gaharu untuk membuat teh, minuman teh gaharu dapat membantu penyembuhan sakit perut.
5. Menenangkan fikiran
Kayu gaharu dapat menenangkan fikiran. Jika anda sedang dalam kecelaruan, cubalah ambil kayu gaharu dan bakar. Asap dari pembakaran gaharu yang wangi pasti dapat menenangkan fikiran anda.
6. Mengelakkan sihir
Kayu gaharu dapat membantu dalam mengelakkan sihir. Kekuatan istimewa yang Allah letakkan dalam kayu gaharu dapat mengelakkan diri anda terkena sihir.
7. Manfaat pembuatan minyak wangi
Kayu gaharu juga boleh dijadikan minyak wangi. Bau gaharu dapat meningkatkan kekuatan minyak wangi dan menyebabkan minyak wangi bertahan dengan lebih lama. Terdapat banyak minyak wangi di pasaran yang menggunakan gaharu sebagai bahan asas pembuatan minyak wangi.
8. Khasiat pokok gaharu untuk pembuatan tasbih
Kayu dari pokok gaharu juga boleh dibuat tasbih. Tasbih yang menggunakan kayu gaharu lebih kuat berbanding kayu lain. Namun harganya juga agak mahal kerana kualitinya yang tersendiri.
9. Manfaat proses meditasi
Ada sesetengah yang melakukan proses meditasi boleh menggunakan kayu gaharu sebagai pembantu suasana. Bau gaharu dapat menambahkan ketenangan proses meditasi.
Begitulah sedikit sebanyak khasiat pokok gaharu yang dapat dikongsikan. Bauan gaharu ini merupakan bauan yang dicintai oleh Baginda SAW.
Di dalam mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, terdapat banyak khasiatnya. Sebagai contoh dalam bersugi, banyak khasiat kayu sugi yang terdapat apabila kita mengamalkannya. Begitu juga dengan kayu gaharu, pelbagai khasiat kayu gaharu yang dapat kita peroleh darinya.
Semoga perkongsian bermanfaat untuk anda.