Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas

Jaya Sunnah Enterprise adalah syarikat induk, subsidiari atau syarikat gabungan) menyedari kepentingan privasi dan memandang Data Peribadi anda (seperti yang dinyatakan di bawah) dengan serius.

Notis Data Peribadi dan Privasi ini (“Notis”) dikeluarkan kepada semua pelanggan yang dihargai, menurut keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Bagi tujuan Notis ini, penggunaan ‘kami’ dan ‘kita’ adalah merujuk kepada Jaya Sunnah Enterprise.

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Dalam penglibatan anda bersama kami dan semasa pendaftaran ahli, kami akan meminta anda memberikan data peribadi dan maklumat tentang anda dan/atau keluarga anda (“Data Peribadi”) bagi membolehkan kami melakukan transaksi dengan anda dan/atau menyampaikan perkhidmatan dan/atau produk yang diperlukan berhubung dengan perniagaan kami.

Data Peribadi termasuk maklumat seperti nama di kad pengenalan anda, nama panggilan pilihan, nombor kad pengenalan, umur, nombor telefon, alamat, e-mel, tarikh lahir, jantina, pekerjaan, maklumat anak anda seperti nama, tarikh lahir, sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, ahli keluarga anda dan anak anda dan maklumat lain yang anda memilih untuk menghantar kepada kami.

Tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Jaya Sunnah secara langsung, Jaya Sunnah juga mungkin mengumpul Data Peribadi daripada sumber berbeza, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

a. sebarang media sosial Jaya Sunnah seperti Facebook, Instagram dan Twitter,

b. sebarang borang dan/atau dokumen bercetak atau elektronik yang dihantar ke Jaya Sunnah melalui sebarang platform elektronik atau alatan mudah alih.

c. semua borang dan/atau dokumen yang dihantar atau dikumpul oleh Jaya Sunnah seperti borang pendaftaran dan permohonan melalui online atau sebaliknya;

d. sebarang acara, kaji selidik, pertandingan dan/atau peraduan yang dianjurkan atau ditaja oleh Jaya Sunnah secara online atau sebaliknya;

e. sebarang pesanan dan/atau komen yang dihantar atau dikumpul oleh Jaya Sunnah secara online atau sebaliknya;

f. sebarang laman web Jaya Sunnah (“Laman Web“) termasuk cookies yang digunakan dalam Laman Web dan/atau platform elektronik lain; dan

g. sebarang sumber awam yang boleh didapati seperti direktori.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan persetujuan nyata daripada mana-mana pihak ketiga sebelum memberi Jaya Sunnah mana-mana Data Peribadi pihak ketiga. Dengan memberikan sebarang Data Peribadi pihak ketiga kepada Jaya Sunnah, anda telah mengesahkan persetujuan telah diperolehi bagi tujuan mengumpul, memproses, guna dan simpanan Data Peribadi menurut Notis ini dan apabila anda memberi kepada Jaya Sunnah sebarang Data Peribadi mengenai dan bagi pihak anak anda yang berusia dibawah lapan belas tahun, anda telah mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa, penjaga atau individu yang mempunyai tanggungjawab keibubapaan bagi kanak-kanak ini dan anda bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan penyimpanan Data Peribadi mengikuti Notis ini.

2. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Pengumpulan Data Peribadi adalah relevan berhubung dengan proses perniagaan kami, pelaksanaan, termasuk penghantaran perkhidmatan dan/atau produk dan pengurusan hubungan klien/pelanggan dan untuk menawarkan perkhidmatan yang paling sesuai kepada pelanggan individu tertentu dan/atau ahli-ahli apabila mereka melayari Laman Web kami. Jaya Sunnah mungkin mengumpul, mengguna dan memproses Data Peribadi yang anda berikan bagi tujuan perniagaan dan sebarang aktiviti Jaya Sunnah termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut:

a. penghantaran perkhidmatan atau produk dan pemasaran bagi perkhidmatan atau produk tersebut pada masa ini atau masa depan kepada anda;

b. prosedur pengurusan hubungan ahli atau pelanggan;

c. tujuan yang diperuntukkan bagi sebarang perkhidmatan tertentu atau produk yang kami tawarkan;

d. menjalankan pemasaran dan/atau aktiviti profil klien/pelanggan berhubung dengan perkhidmatan dan produk yang berkaitan;

e. penyimpanan rekod dalaman kami;

f. memenuhi sebarang undang-undang atau keperluan peraturan berkenaan dengan peruntukan perkhidmatan dan produk kami dan bagi melakukan pendedahan yang diperlukan dibawah sebarang undang-undang yang tertakluk, peraturan, arahan, perintah mahkamah, by-law, garis panduan, pekeliling, kod yang relevan kepada kami atau mana-mana ahli syarikat Jaya Sunnah;

g. untuk membolehkan kami berkomunikasi dengan anda dengan menghantar maklumat melalui e-mel, medium telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi pihak ketiga yang terpilih yang kami jangka menarik minat anda;

h. bagi tujuan sebarang peraduan, kaji selidik, aktiviti penebusan atau promosi yang dijalankan oleh Jaya Sunnah;

i. untuk menjawab pertanyaan, komen dan maklum balas daripada anda;

j. untuk berkomunikasi dengan mana-mana pihak ketiga supaya pihak ketiga tersebut dapat melaksanakan sebarang peranan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh Jaya Sunnah;

k. program keahlian termasuk berkomunikasi dengan ahli-ahli kami mengenai berita, aktiviti dan perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami; dan

l. bagi sebarang tujuan lain yang berkaitan dengan dan/atau bersampingan dengan mana-mana pernyataan di atas.

dan anda bersetuju dan membenarkan Jaya Sunnah mengguna dan memproses Data Peribadi seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini dan Jaya Sunnah mungkin menghubungi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas melalui sebarang jenis komunikasi yang sedia ada termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem pesanan ringkas, kiriman, media sosial dan e-mel.

3. ISU BERBANGKIT AKIBAT KEGAGALAN MEMBERI DATA PERIBADI

Sekiranya anda gagal memberi Data Peribadi yang mencukupi atau Data Peribadi yang wajib diperlu kepada Jaya Sunnah atau Data Peribadi yang diberikan dianggap tidak mencukupi oleh Jaya Sunnah, Jaya Sunnah mungkin:-

a. tidak dapat menawarkan anda dengan perkhidmatan dan/atau produk yang diminta termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaksanaan sebarang tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 2 Notis ini;

b. tidak dapat memaklumkan anda berkenaan produk dan/atau pelancaran terkini;

c. tidak dapat memproses penyertaan anda berhubung dengan sebarang peraduan, promosi atau aktiviti penebusan yang dijalankan oleh kami; dan

d. tidak dapat melaksanakan sebarang tanggungjawab di bawah sebarang perjanjian berkemungkinan atau sedia ada dengan anda.

4. PENDEDAHAN

Data Peribadi yang anda berikan kepada kami akan secara amnya disimpan secara sulit tetapi anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk menyampaikan, memindahkan atau mendedahkan Data Peribadi kepada sebarang syarikat berkaitan dan subsidiari Jaya Sunnah, di dalam dan luar Malaysia, termasuk yang ditubuhkan dan diperbadankan pada masa depan dan/atau kepada sebarang pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan di dalam Klausa 2 Notis ini dan/atau sebarang pihak ketiga yang dilantik oleh Jaya Sunnah untuk melaksanakan fungsi bagi pihak Jaya Sunnah (secara kolektifnya, “Pihak Ketiga”). Pihak Ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. sebarang individu yang mana kami diwajibkan atau diperlukan berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan;

b. rakan niaga kami dan ahli gabungan online yang memberikan perkhidmatan atau produk berkaitan dengan perniagaan kami;

c. agensi kerajaan, pihak berkuasa dan pengawal selia industri;

d. juru audit, penasihat, akauntan, peguam atau mana-mana penasihat kewangan atau professional;

e. sub-kontraktor kami atau pembekal produk atau perkhidmatan atau penaja perniagaan sebagaimana yang ditentukan perlu atau sesuai;

f. sebarang pembekal perkhidmatan pihak ketiga dalam dan luar Malaysia yang membekalkan perkhidmatan secara langsung atau tidak kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada firma penganalisis data, syarikat penganjuran web, pemprosesan data dan operasi rangkaian; dan

g. sebarang pihak ketiga yang melaksanakan peranan atau perkhidmatan seperti yang diperlukan Jaya Sunnah berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan atau produk untuk anda atau bagi tujuan mengekalkan atau meningkatkan perkhidmatannya atau untuk pembangunan dan perkembangan produk dan perkhidmatan kami atau untuk menjalankan sebarang kontrak dengan anda.

Sekiranya berlaku sebarang penyerahan, penjualan, pemindahan atau pelupusan yang berpotensi, bercadangan atau sebenar, terhadap sebarang perniagaan, aset, perkongsian dan/atau kepentingan Jaya Sunnah termasuk sebarang perolehan penyatuan atau gabungan (“Transaksi Korporat”), Data Peribadi yang anda berikan mungkin perlu didedahkan dan/atau dipindahkan kepada atau diakses oleh Pihak Ketiga atas alasan Transaksi Korporat dan dengan ini anda dengan nyata bersetuju dan membenarkan sebarang pendedahan dan/atau pemindahan atau akses bagi Pihak Ketiga tersebut.

5. PERLINDUNGAN

Kami akan menyimpan dan memproses Data Peribadi yang anda berikan secara selamat. Kami berusaha, di mana dapat dipratikkan, untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan pelindungan dan prosedur yang sesuai dan munasabah selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan yang tidak disengajakan atau kemusnahkan atau kerosakan Data Peribadi.

Adalah difahamkan bahawa penghantaran Data Peribadi melalui Internet bukanlah 100% selamat. Oleh itu, dalam hal ini, kami tidak dapat memberi jaminan bahawa keselamatan bagi sebarang Data Peribadi yang dihantar melalui Internet dalam apa jua keadaan, sama ada aliran masuk data ke Jaya Sunnah atau aliran keluar Jaya Sunnah kembali kepada anda.

6. PEMINDAHAN DATA & PERKONGSIAN

Sekiranya kami anggap perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau penawaran sebarang perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami mungkin memindah Data Peribadi yang anda berikan kepada ahli lain syarikat kami atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk sama ada dalam atau luar Malaysia di mana kami ditubuhkan, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan pelindungan yang serupa. Anda dengan ini memahami dan bersetuju bagi pendedahan tersebut dan/atau pemindahan Data Peribadi seperti yang telah dinyatakan.

7. COOKIE & PAUTAN

Cookie adalah data fail kecil yang akan dikumpul dalam pelayar web anda bagi tujuan menjejaki maklumat laman yang telah dilayari. Jadi apabila anda melayari Laman Web kami pada masa depan, pelayan (server) akan mengecam laman yang telah dilayari sebelum ini dengan serta-merta. Kami menggunakan cookie bagi menyediakan Laman Web tersendiri berdasarkan pengalaman pengguna.

Cookie bukan program yang akan memusnahkan sebarang fail dalam komputer tetapi ia digunakan untuk mengesan maklumat seperti penjejak laman yang telah dilayari oleh pengguna, laman yang mana pengguna biasanya mula dan berhenti, dan kekerapan melayari sesuatu laman web, dsb. Kami tidak menggunakan cookie untuk mengesan identiti sebenar pengguna, jadi cookie hanya akan memaklumkan jika komputer tersebut pernah melayari Laman Web kami pada masa lalu.

Manfaat Cookie:

1) Menilai jumlah pengunjung. Pelayar berlainan mempunyai kegunaan cookie yang berbeza yang boleh mengenal pasti sama ada pengunjung adalah ahli atau tidak. Maklumat ini berguna untuk mempamerkan iklan bertepatan dengan audiens sasaran, menilai kecenderungan pengguna dan corak penggunaan internet mereka.

2) Memeriksa frekuensi penggunaan atau corak pelayaran. Penjejakan cookie membantu kami memahami karakter dan tabiat pengguna. Tambahan pula, ia membantu kami mempertingkatkan perkhidmatan, kandungan dan corak periklanan kami termasuk aktiviti promosi yang ditawarkan dalam Laman Web bagi memenuhi keperluan individu yang paling sesuai.

Cookie tidak akan mengumpul maklumat peribadi seperti nama atau alamat e-mel. Bagaimanapun, jika anda tidak mahu cookie wujud dalam komputer anda, anda boleh konfigurasi pelayar web untuk menghalang cookie. Sila ambil perhatian, jika anda melumpuhkan semua cookie, anda mungkin tidak dapat menggunakan perkhidmatan yang tertentu di dalam Laman Web.

Laman Web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web luaran. Jaya Sunnah tidak bertanggungjawab bagi polisi privasi laman web luaran tersebut.

8. HAK AKSES & PEMBETULAN ANDA

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan pembetulan pada Data Peribadi tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh;

a. menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan membuat permintaan terhadap akses bagi Data Peribadi tersebut;

b. meminta agar kami membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini;

c. meminta kami untuk menghadkan atau melupuskan Data Peribadi tertentu tentang anda atau menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi tersebut;

d. meminta kami mentakrif atau menjelaskan polisi dan prosedurnya berhubung data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;

Individu yang mengendalikan permintaan bertulis bagi akses Data Peribadi atau pembetulan Data Peribadi atau untuk menghadkan atau melupuskan Data Peribadi tentang anda atau menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi atau untuk maklumat berkenaan polisi dan prosedur dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami adalah:

Jawatan: Marketing Manager

Alamat: No 1176-D8, Lorong 6, Kg Merbau Sempak, 46160 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: [email protected]

No. Telefon: 013 – 2441302

Jaya Sunnah berhak untuk mengenakan bayaran yang ditetapkan bagi akses Data Peribadi anda dan menolak permintaan akses anda dan/atau melakukan pembetulan terhadap Data Peribadi setakat dibenarkan oleh undang-undang.

9. KEBENARAN

Dengan memasukkan dalam sebarang kontrak dengan Jaya Sunnah, menggunakan perkhidmatan Jaya Sunnah, membeli sebarang produk daripada Jaya Sunnah, menyertai sebarang aktiviti, promosi, kaji selidik, peraduan, pertandingan dan apa saja acara yang dijalankan atau ditaja oleh Jaya Sunnah, pemberian dan komunikasi sebarang Data Peribadi kepada Jaya Sunnah sama ada melalui online atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada “menyukai” (“like”) dan/atau memberi “komen” (comment) pada laman Facebook Jaya Sunnah, mengikuti Jaya Sunnah di Instagram dan/atau Twitter dan/atau “menyukai” (“like”) dan/atau memberi “komen” (comment) pada laman-laman tersebut, memuat turun aplikasi mudah alih Jaya Sunnah dan/atau mengekspresi indikasi kecenderungan anda yang sama terhadap Jaya Sunnah, anda bersetuju anda telah membaca Notis ini dan memberi kebenaran kepada Jaya Sunnah untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi yang telah anda berikan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Notis ini.

10. PERUBAHAN NOTIS INI

Jaya Sunnah berhak untuk meminda, mengubah, dan/atau mengemaskini terma yang terkandung dalam Notis ini pada bila-bila masa dengan menyatakan apa-apa pindaan, perubahan dan/atau penyelenggaraan di dalam Laman Web atau dengan menghantar notis kepada anda.

Berikutan sebarang pindaan, perubahan dan/atau penyelenggaran seperti yang dinyatakan di atas dengan penglibatan secara berterusan dan berurusan dengan Jaya Sunnah anda dianggap telah menerima pindaan, perubahan dan/atau penyelenggaraan tersebut.

Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
billplz banks