Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas

11 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Makanan Kegemaran Rasulullah

11 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Seseorang yang cinta kepada seseorang, pasti dia akan mengikuti jejak langkah orang tersebut. Begitu juga, orang yang mencintai Rasulullah SAW akan mencintai jejak langkah Baginda SAW. Jadi hari ini, kami ingin kongsikan makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Setiap makanan yang dimakan oleh Baginda SAW adalah makanan yang terbaik. Baginda adalah contoh tauladan yang terbaik, sudah pastilah apa yang dimakan oleh Baginda SAW adalah makanan yang terbaik

Bagi sesiapa yang cinta kepada Baginda, pasti akan berusaha sedaya upaya untuk mengikuti Baginda SAW. Berikut ialah 11 makanan kegemaran Rasulullah SAW.

11 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

  • Kurma 
    • Kurma merupakan makanan yang memberi tenaga. Pelbagai khasiat buah kurma yang ada pada buah kurma.
    • Rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
    • Di Malaysia khusus, rakyat Malaysia selalu memakan kurma pada bulan Ramadhan untuk berbuka puasa. Sebenarnya, kita boleh memakan kurma pada setiap hari kerana terlalu banyak khasiat yang ada pada kurma ini.
    • Jika kita mampu, apa kata kita amalkan setiap hari sekurang-kurangnya memakan 3 biji kurma dan kurma yang terbaik ialah kurma Ajwa.
makanan kegemaran rasulullah
  • Barli
    • Rasulullah SAW juga suka memakan barli. Barli juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
    • Kelebihan barli ialah barli bagus untuk demam. Caranya ialah dengan menjadikannya sup.
    • Kita boleh memakan barli dengan cara merendam barli dengan air panas dan meminumnya.
  • Buah Tin
    • Buah tin merupakan buah yang sangat istimewa. Nama buah tin juga disebut di dalam Al-Quran. Ianya adalah buah-buahan syurga.
    • Antara khasiatnya ialah ia boleh mengubati buasir. Sesiapa yang mengalami masalah buasir boleh cuba amalkan buah tin.
  • Anggur
    • Buah anggur juga makanan kegemaran Baginda SAW. Buah anggur sangat istimewa kerana pernah disebut di dalam Al-Quran.
    • Antara kelebihan buah anggur ialah ia dapat membersihkan darah.
    • Ia juga dapat menguatkan buah pinggang,
    • Anggur juga dapat membersihkan perut dan memudahkan proses pencernaan.
  • Madu
    • Madu adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.
    • Antara khasiat madu ialah ia dapat mengubati cirit birit. Caranya ialah dengan membancuh madu dengan air panas.
    • Madu juga boleh membuka selera, menguatkan perut, dan membuang kahak.
    • Antara amalan memakan madu ialah ianya elok diminum waktu pagi dengan air suam dan malam sebelum tidur.
    • Antara madu terbaik di Malaysia adalah madu tualang.
makanan kegemaran rasulullah
  • Tembikai (segala jenis)
    • Tembikai dari segala jenis sama ada berwarna merah, kuning, atau putih.
    • Antara khasiat buah tembikai ialah ianya baik untuk wanita mengandung. Ia akan memudahkan proses kelahiran bayi nanti.
    • Wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.
  • Susu
    • Susu juga merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW.
    • Khasiat susu ialah susu baik untuk membuang panas badan. Badan akan merasa lega selepas meminum susu.
    • Susu juga dapat menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, dan membuang masalah kelupaan.
  • Minyak Zaitun
    • Minyak zaitun ialah minyak dari buah zaitun. Buah zaitun juga sangat istimewa kerana disebut di dalam Al-Quran.
    • Minyak zaitun baik untuk rawatan kulit dan rambut.
    • Salin itu, minyak zaitun boleh melambatkan penuaan.
    • Ia juga dapat merawat radang usus.
  • Cuka
    • Cuka juga merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW.
    • Rasulullah SAW pernah memakan roti hanya dengan berlaukkan cuka.
    • Cuka mempunyai banyak khasiat seperti mengubati radang usus, mencegah penyakit kuning, dan membantu penghadaman.
makanan kegemaran rasulullah
  • Delima
    • Buah delima yang merah. Pasti sedap dan menawan.
    • Khasiat yang istimewa dari buah delima ialah ia dapat membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari. Istimewa bukan?
  • Habbatus Sauda
    • Habbatus Sauda adalah bijirin hitam yang baik untuk kesihatan.
    • Cara memakan habbatus sauda adalah dengan memakan bijirin tersebut atau dengan mencampurkannya dengan air.
    • Ia juga boleh dijadikan minyak untuk diminum.
    • Kelebihan yang istimewa bagi habbatus sauda ialah ia dapat menyembuhkan segala penyakit kecuali maut.

Begitulah 11 makanan kegemaran Rasulullah SAW. Semoga kita diberi sedikit perasaan cinta kepada makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Dengan cinta ini kita dapat mengikuti segala Sunnah Baginda SAW dan diharapkan mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat nanti.

Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku didalam Syurga.

Hadith Riwayat Al Sajary daripada Anas

Jom kita amalkan Sunnah Baginda SAW. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *


    Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
    billplz banks