Percuma penghantaran bagi pembelian Rm 150 ke atas

10 Khasiat Kayu Sugi

Khasiat Kayu Sugi

10 Khasiat Kayu Sugi

Assalamualaikum wbt.

Kayu sugi merupakan sejenis kayu yang digunakan untuk bersiwak. Bersiwak atau dalam bahasa mudahnya membersihkan gigi menggunakan kayu sugi.

Bersiwak menggunakan kayu sugi adalah Sunnah Rasulullah SAW. Terdapat pelbagai kelebihan jika bersiwak menggunakan kayu sugi.

Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda khasiat kayu sugi. Terdapat pelbagai khasiat kayu sugi yang sangat istimewa jika kita dapat mengamalkannya.

Khasiat Kayu Sugi

1) Dapat membersihkan mulut
2) Menjadi sebab keredhaan Allah SWT.
3) Bersugi dapat menyebabkan syaitan marah.
4) Allah SWT dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
5) Bersugi dapat menguatkan gusi.
6) Dapat menghilangkan gelema. (gelema ialah benda pekat kekuning-kuningan dalam kerongkong dan hidung yang dikeluarkan ketika berkahak )
7) Mewangikan mulut.
8) Menghapuskan safra’. (Safra ialah sejenis penyakit)
9) Menguatkan pandangan mata.
10) Menghilangkan bau busuk mulut.
(Munabbihat Ibni Hajar)

Rasulullah SAW sangat memberatkan amalan bersiwak. Dalam banyak ibadah, Baginda SAW akan bersiwak terlebih dahulu.

Amalan ini sangat dititik beratkan oleh Baginda sehingga Baginda SAW pernah bersabda,

“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali berwudhu” (Muttafaq ‘alaihi).

Maka jika kita berkesempatan untuk mendapatkan kayu sugi, adalah digalakkan untuk kita bersiwak setiap kali berwudhuk.

kayu sugi
Contoh kayu sugi

Waktu yang sesuai untuk bersiwak:

1) Ketika berwudhuk
2) Ketika ingin bersolat
3) Ketika ingin membaca Al-Quran.
4) Ketika mahu bersama isteri.
5) Selepas makan.
6) Ketika bangun dari tidur.
7) Sebelum masuk ke dalam rumah.

khasiat kayu sugi

Cara Menggunakan Kayu Sugi

Berikut ialah cara untuk menggunakan kayu sugi:

  1. Yang pertama ialah kita membuang sedikit kulit hujung pada kayu sugi menggunakan pisau atau gigi.
  2. Yang kedua, gigit lembut di bahagian yang telah terpotong dengan gigi sehingga kelihatan seperti berus.
  3. Ketiga, berus gigi dengan menggunakan tangan kanan. Pegang kayu dengan cara meletakkan ibu jari dan jari kelinking dibawah, 3 jari selebihnya di atas.
  4. Berus gigi dengan melakukan angka 8.
  5. Basuh kayu sugi dan simpan dengan baik untuk diguna semula.
https://youtu.be/mumBPY2Hr9E

Kisah Berkenaan Tentera Islam Dan Kayu Sugi

Gambar tentera Islam

Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China.            

Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang.            

Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?”            

Mereka menjawab, “Tidak.”            

“Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi.            

Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka meninggalkan amalan bersiwak ketika berwuduk dan solat.

Lantas, mereka memanjat pokok kurma dan mengambil batangnya untuk dibuat kayu sugi. Setelah itu, azan dilaungkan. Maka, mereka pun segera bersiwak sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.            

Tatkala itu, seorang pengintip masuk ke khemah orang Islam untuk mengintip. Dia menjadi gementar melihat orang Islam sedang bersiwak. Lalu. Dia pun pulang memberitahu kaumnya, “Sesungguhnya musuh kita bukan sembarangan manusia. Mereka sedang mengasah gigi mereka dengan kayu untuk meratah kita seorang demi seorang.

Bersedialah kamu semua untuk diratah oleh mereka.”            

Kaumnya percaya. Mereka menjadi gerun lalu mengundurkan diri. Maka, orang Islam berjaya menawan negeri itu dengan mudah dan ramai yang memeluk Islam.

Penduduk kota itu, setelah memeluk Islam, menjadikan siwak sebagai satu amalan yang tidak ditinggalkan. Mereka ketawa mengenangkan ketakutan mereka kepada siwak.

Mereka berkata, “Kami dikurniakan Islam dengan berkat sunnah bersiwak. Maka, hidupkanlah kami ya Allah dalam agama Islam dan dalam keadaan sentiasa melazimi sunnah.”

Sumber: Qasas as-Solihin, Syeikh Hamed Ahmad Tahir

Begitulah sedikit perkongsian mengenai khasiat kayu sugi dan cara menggunakan sugi. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu kepada anda dan diberi taufik untuk kita mengamalkan kayu sugi pada setiap masa.
Wassalam..

Jika anda berminat untuk mendapatkan kayu sugi.
Anda boleh dapatkannya di sini —>>> KLIK DI SINI <<<—

kayu sugi borong
Kayu Sugi Al-Khoir

Comments

  1. […] mengetahui, Nabi Muhammad SAW amat menggalakkan umatnya untuk bersiwak kerana ia dapat membersihkan gigi, gusi dan mulut, lebih-lebih lagi melakukannya sebelum […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Jaya Sunnah © Copyright 2024. All rights reserved.
billplz banks