Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi.
Bersugi dapat menajamkan akal fikiran seseorang. Mudah untuk menghafal Al-Quran dan Hadith. Mereka yang mempunyai anak yang menghafal Al-Quran wajib berikan mereka kayu sugi untuk bersiwak.
Bersugi dapat mencerahkan mata. Perbanyakkan sugi untuk mencerahkan mata. Ini adalah kelebihan yang ajaib. Walaupun dengan bersugi, ia turut memberi kesan kepada mata kita.
Sesiapa yang lazim bersugi akan mudah mengucap kalimah syahadah sewaktu hampir meninggal dunia. Suatu ganjaran yang cukup hebat. Ini kerana siapa yang ucap kalimat Syahadah di akhir kalamnya, wajib baginya syurga. Allahuakbar.
Uban akan lambat tumbuh bagi mereka yang selalu bersugi. Bersugi juga dapat memberi kesan kepada anggota kepala iaitu dengan melambatkan proses tumbuh uban.
Sudah tentu bersugi dan dapat membersihkan gigi dan gusi. Bukan sahaja gigi bersih dan gusi. Ia juga dapat menguatkan lagi gigi dan gusi kita.
Assalamualaikum.. Hai! Saya Rafiq.. Saya merupakan seorang penjual dan pemborong kayu sugi. Hari ini saya nak share sikit cerita bagaimana saya mula kenal dengan kayu sugi.
Kalau tak silap masa tu umur saya 19 tahun.. Hari ni umur saya 31 tahun. Kiranya hampir 12 tahun saya mengamalkan kayu sugi..Alhamdulillah..
Ceritanya mula-mula saya dapat kayu sugi masa tu dari seorang kawan. Ketika tu saya menuntut di Politeknik Dungun. Dialah yang ajar saya cara untuk guna kayu sugi. Apa kelebihan kayu sugi. Macam mana nak simpan kayu sugi. Dan sebagainya.
Alhamdulillah saya dapat amalkan satu Sunnah yang paling besar iaitu bersugi. Bertuah siapa yang istiqamah dapat amalkan sugi ini setiap masa. Kerana terlalu banyak kelebihannya.
Tetapi apa yang merunsingkan saya ialah cabaran untuk mendapatkan kayu sugi ini. Sangat susah untuk jumpa dijual di kedai-kedai. Kena pergi “markas” baru boleh jumpa.(markas ialah tempat berkumpul orang Tabligh). Masa tu markas di Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
Maka, saya hanya akan dapat stok kayu sugi apabila ada orang yang pergi ke markas. Saya akan kirimkan kayu sugi supaya mereka belikan untuk saya.
Saya rasa, masalah ini berlarutan sehingga kini. Saya lihat susah untuk jumpa di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya yang menjual kayu sugi. Jika ada di pasaraya yang saya pernah jumpa ialah di Mydin. Bukan semua tempat ada Mydin bukan?
Jadi begitulah serba sedikit cabaran untuk mendapatkan kayu sugi.
Atas sebab masalah yang berlaku itulah, saya mencari inisiatif. Bagaimana mudahkan orang untuk dapatkan kayu sugi.
Jadi saya telah sediakan platform online iaitu di laman JayaSunnah.Com ini. Laman ini khas untuk mereka yang nak dapatkan kayu sugi. Sekarang zaman dah canggih. Orang dah biasa dengan platform online. Semua urusan jual beli hanya melalui online.
Di platform ini, mudah untuk sesiapa yang nak dapatkan kayu sugi mengikut pakej yang telah di tetapkan.
Semoga platform ini dapat membantu memudahkan urusan mereka yang nak amalkan Sunnah Baginda SAW ini.
In shaa Allah sugi yang akan dihantar terjamin kualitinya. Stok baru, bukan stok lama. Jom kita belajar-belajar amalkan Sunnah yang besar ini. Semoga ia akan menjadi balasan yang baik buat kita di akhirat sana. Wallahua’lam..
Copyright JayaSunnah.Com 2020. All Rights Reserved. Designed by RH