Kembara Menuju Allah
Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.
Riyadus Solihin
Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.